Sunday, 18 September 2011

Tips tips seekor kucing melepaskan tensen!!

Bertemu kite semula dalam blog aiko & not not. Okay kali ni nak berkongsi dengan korang cara cara seekor kucing melepaskan tensen. Sebelum ni bagitau macam mane bela kiterang dapat melepaskan tensen manusia kan. Ha jangan ingat melayan kerenah manusia tak bagi kiterang ape ape kesan dalam diri ni.

Salah satu cara melepaskan tensen adalah TIDUR!!! mesti semua orang pun tahu tidur boleh membantu kite lepaskan tensen. Macam yang orang tua tua selalu pesan. Bile maen maen sungguh sungguh, bile belaja belaja sungguh sungguh. So kami mengaplikasikan konsep tersebut. Bile tidur tidur sungguh sungguh!!.




Kiterang pun kadang kadang tolong mama buat kerja sampai tertidur atas kerja kerja mama.




Tips seterusnya adalah, berehat di ruangan yang sejuk. Oke dengar bunyi macam pelik tapi kalau manusia punya cara adalah MANDI!! Disebabkan kiterang ni pantang mandi sebab mama tak kasi nanti sakit. So kiterang kena lah cari port yang sejuk sejuk. Bak kata orang kalu hati tu tengah panas bole terus sejuk je bile duduk kat situ.



Kalau taiko ada notnot pon mesti lah nak ada jugak kan. tapi notnot ni pandai berlakon konon tak suke la duduk kat tempat selain katil.




Gambar ni bukan diambil gilir gilir atau berpasangan(tak muat singki tu)


Tips yang berikutnya adalah memiliki seekor binatang peliharaan
(walaupun kiterang sendiri memang binatang peliharaan)
Kiterang pun tak tahu la mama macam faham faham jer tolong belikan binatang peliharaan untuk kiterang. Die macam taw taw jer kiterang perlukan teman sepermainan hehe.



Oke ini pet yang terawal. Arnab!!




Yang ini korang pon da sedia maklum. Fido Dido




Dan macam biasa. Ikan Beta a.k.a ikan laga nama kampung.


Tak pun kalu susa susa sangat. Tengok astro je. Senang, tambah tambah tengok national geographic.



Takat ini jelah yang kiterang bole kongsi dengan korang semua. Harap harap serba sedikit dapat membantu korang melepaskan tensen walau di mana jua. Kalau korang semua rasa rasa macam tak cukup masa nak buat semua semua ni. Korang ikut tips paling senang dan ringkas ni. Tips terakhir ye.




Mengeliat la korang sepuas puas nya lepas bangun tido. Mesti korang akan rasa kepuasaan yang tak terhingga lepas mengeliat tu. Tapi hati hati ye.

Saturday, 17 September 2011

Musuh la musuh la..


Ni ape ni? Sala blog ke..titibe binatang laen keluar pulak kan. Haisyh, korang taw ni ape benda? Memang die binatang tapi nama ape sume pasal binatang ni korang taw? Ha kalu tak taw ni nak tolong bgtau..Pape pon dierg tak comel pon ni gambar da snap 100 kali baru la bole nampak macam kamera trick(tone jeles).






Orang seludup binatang ni kenapa? Berharga sangat ke dorang ni? Ni la binatang eksotik la sangat nama die sugar glider. Die bukan tupai bukan tikus bukan kelawar. Tapi die keluarga possum. Emm macam mane nak describe ea. Ala penah tgk marsupilami? Yang gitu gitu tu..ni ha


Oke da puas? Taiko bawak cerita pasal sugar glider ni bukan sebab ape. Nak bagitau korang sume yang tuan kite orang, adam. Ha ni lah pet die(selain dari kami). Waktu awal awal die bawak balik dari pet shop. Fuhhhh rasa iri hati gile gile la cakap. Da la mahal binatang ni RM350 seekor! seekor ye bukan sepasang. Bile bau laen macam je masuk rumah kiterang terus keluar. Tak puas hati la nak merajuk sebab mama beli pet laen. Habis gaya la si adam ni angkat keluar sugar glider die. Kalu bole terkam da terkam da. Da la nama letak nak comel jer.FIDO n DIDO.





Haaaaaa ni lah aktiviti kiterang waktu mama semua semua takde kat rumah. Kiterang buli die. Goncang sangkar die. Tunggu die keluar kiterang jerkah die..waaa!!!hahaha jahat kan?
(ni gambar kantoi kacau pet adam)




Hehe ni not not da tak boleh nak lari terpaksa la berlakon konon konon macam tak ape ape yang berlaku. Taiko pulak?? da lama lari selamat kan diri takut kena jerkah plak.

Kiterang tak dapat nak wat ape sangat dekat fido dengan dido ni sebab die ada dalam sangkar. Tapi takpe. Kiterang sentiasa bersabar untuk masa tu. HEHEHEHE

Wednesday, 14 September 2011

hairball







Hairball? Ape benda tu? Mainan baru mama beli kot. Hehehehe. Kalau mereka mereka yang ade ahli keluarga yang sama spesies macam kitorang mesti tahu hairball tu ape bende kan. Hairball tu bukan mainan ye kawan kawan. Dan juga bukan rambut bola (Ini lah akibat menggunakan google translate die kasi direct translation terus).







Hairball ni biasaya berlaku kepada haiwan berbulu atau berambut. Ye la nama pun hair kan. Hairball ni terbentuk apabila kitorang bulu kitorang jilat tu terkumpul dan membentuk bola dalam badan kitorang. Ye la kitorang mandi dengan menjilat badan menggunakan lidah. Sebabnye Allah memang dah jadikan yang air liur kitorang tu memang sesuai untuk mencantikkan bulu kitorang yang gebu ni la. Jadi, bila kitorang kerap menjilat bulu, (mestila kene kerap. Korang pun mandi paling kurang 2 kali kan), secara tidak langsung kitorang akan menelan mana mana bulu yang gugur. So, bila semakin hari semakin banyak la bulu bulu kitorang telan. Nanti akan ada pada satu tahap kitorang akan membuang bulu tu samada melalui najis atau muntah.


Tapi, kalau bulu dah panjang gebu macam kitorang nie bahaya jugak. Sebab kalau tertelan banyak sangat bulu, hairball boleh memudaratkan kesihatan kitorang. Kitorang cite ni melalui pengalaman kitorang sendiri. Si notnot ni ha, pernah je kene pegi klinik private sebab kes hairball die dah serius. Jangan main main tau. Boleh mati. Kalau hairball ni terlalu banyak dalam badan kitorang boleh kene sesak nafas dan ketidakcernaan.


Antara tanda tanda yang badan tu dah banyak hairball apabila kitorang mengalami situasi berikut:


· Batuk batuk (dah tahap nak terkeluar anak tekak punya)


· Muntah ( keluar bulu dalam bentuk bebola atau bentuk macam najis. Kalau teruk akan muntah muntah sampai 1 minggu)


· Berat badan susut (slim la kejap) kerana hilang selera makan





ni lah contoh slim yang dikatakan




· Tips : Makan rumput (untuk membantu keluarkan hairball dari badan lebih mudah)


Jadi, kalau korang tetiba jumpa segumpal bola berbulu, mungkin la hairball dari mana mana kucing la tu. Situasi ini adalah normal tau. Jangan korang nanti panik bila kucing korang muntah keluar bulu. Pastu bilang sama doctor kucing saya sakit pelik muntah keluar bulu. Memang kene gelak dengan doctor la jawabnya.


Tapi sekarang kiteorang jarang kena sebab...mama kasi makanan mahal sikit la dari biasa. Ni bukan lah nak promote tapi korang boleh cuba sendiri. Memang berkesan. Dari penilaian pengguna sebelum ni(notnot) "memang berkesan sejak pengambilan makanan ni secara berterusan serba sedkit dapat membantu saya mengurangkan bulu yang tercabut bila saya jilat jilat"












membahagiakan

Korang mesti tertanya tanya apasal la entri ni tajuk macam novel. Tapi itu la. Entri ni lah yang akan ceritakan fungsi kiteorang ada kat muka bumi nie. Nak jugak la cerita pasal kawan kawan kiterg yang lain jugak Haa, da bole agak la tu.. Tapi ini bukan National Geographic taw..





· Pets boleh menghilangkan stress

Para-para sakura saintis telah membuat kajian yang Pets tak kiralah kucing(kiteorang) , anjing(jiran sebelah) atau ikan(jiran setaman)dapat mengurangkan stress kita. Bila kita hari-hari stress belajar, kerja atau bercintan-cintun (amboi, bercintan pun stress) tekanan darah pun boleh jadi tinggi. Memang sah sah la tak elok untuk kesihatan kita. Tapi dengan adanya pets yang comel gebu datang tempat kita, automatik stress kita boleh berkurang dan hati pun jadi tenang. Jangan pula sesuke hati pegi tumbuk lempang pets tu, cara untuk lepaskan tekanan katanya, ahh alasan sungguh.

Kalau hidupan akuatik macam ikan pula pun dapat kurangkan stress kita. Pernah nampak kan kat mana-mana ruangan bilik menunggu kat klinik or tempat interview mesti ada akuarium. Akuarium ni bertujuan nak kurangkan stress orang yang menunggu dan menenangkan kepala. So pada siapa yang selalu stress belajar kat kolej, letaklah akuarium depan meja belajar, InsyaAllah stress pun berkurang. Sambil belajar boleh memancing kat akuarium tu ye tak? hehe


· Pets boleh mengurangkan serangan penyakit jantung

Macam kat atas juga, haiwan ni boleh mengurangkan serangan penyakit jantung. Yelah, kalau yang menghidap sakit jantung tu kan bahaya kalau hari-hari stress, boleh dapat serangan jantung secara tiba-tiba, tapi kalau ada pet, tekanan darah kita pun dapat dikurangkan. hehe. Bagus rupanya bela kami ni kan.





· Pets boleh menggalakkan kita untuk bersenam

Yang ni saya bagi contoh anjing lah ye, bila kita bawa anjing bersiar atau berjalan, secara tidak langsung kita dapat bersenam sekali sambil menghirup udara segar kan. hehe. Yang ni sesuai untuk mereka yang nak turunkan berat badan tapi malas bersenam. kihkih

Lagi satu, kalau kuda pula memang therapeutic terbaik untuk bersenam, bila kita tunggang kuda, kita kena kawal seluruh badan, di mana seluruh muscle kita akan dapat berkerja. hehe. Selain tu, dapat menguji ketahanan mental kita juga.

Kalau kucing pula macam mana ya? maybe kita main aci kejar atau main lompat-lompat kot. Kemain lompat-lompat, terbayang pula atuk nenek lompat-lompat dengan kucing..haisyh.merepek!.


· Pets mengurangkan risiko asma dan alergik
Para penyelidik telah mendapati kanak-kanak yang membesar dengan haiwan berbulu akan mendapat kurang risiko menghidap penyakit asma dan alergik. Orang tua dulu-dulu kata yang haiwan berbulu tak elok untuk kanak-kanak tu salahlah ye, melainkan keluarga tu memang ada penyakit asma turun menurun.

Para penyelidik ni berpendapat, yang immune sistem badan kanak-kanak makin kuat menentang alergik kalau terdedah dengan binatang bulu-bulu kat rumah berbanding dengan yang tak ada . ekeke. Kiranya macam pendedahan awal kepada haiwan bulu-bulu ni dapat melindungi / menguatkan immune dari alergik lah kot. Buktinye, tuan kitorang tue manede nak allergic allergic kat bulu kitorang yang gebu ni. Malah, tak pernah plak diorang mengalami sesak nafas atau asma kalau gomol gomol ngan kitorang walaupun kitorang ni panjang.



· Pets boleh mengatasi kemurungan

Yang ni bagi siapa-siapa yang kesunyian lah. Pets boleh membantu kita menghilangkan rasa sunyi dan secara tidak langsung mengelakkan kita dari kemurungan. hehe. Yang ni memang kitorang setuju 100% la. Dulu dulu masa semua orang tak duduk rumah tinggal lah mama sorang sorang, kitorang la peneman setia mama.pengarang jantung hati mama la senang cite. Mama pergi mana mana (dalam rumah je la kan), mesti kitorang mengekor (hehehe.maklumlah kami kan memang ade ekor). Tidur sekatil sebantal tau dengan mama. Tengok tv sekali. Jadi, takdela mama sunyi bila kak hanee, kak deena ngan adam balik hostel.

Pets merujuk kepada haiwan yang boleh dikategorikan seperti kami; iaitu haiwan kesayangan manusia.

p/s: banyak juga kebaikan kitorang untuk happykan family kitorang J. Jadi hargilah kami. Kami pun makhluk Allah jugak.

Monday, 12 September 2011

manu$ia manu$ia manu$ia



Bila korang tengok gambar dekat atas ni.mesti korang ingat ni screenshot untuk hotel lima bintang kan. Jangan tertipu. Ada kisah disebalik semua ni taw.haa..Jeng Jeng Jeng...

Sebenarnya!!

Banyak yang mati disebabkan kekurangan udara, air dan makanan. Malahan ada yang sakit dan bergelumang dengan najisnya sendiri. Begitulah scenario yang terjadi di sebuah hotel kucing di Petaling Jaya pada musim perayaan baru baru ini.

Kejadian ini berlaku disebabkan oleh sifat ketidak perikemanusiaan dan bermata duitan oleh tuan punya hotel. Tuan punya hotel telah menawarkan harga yang rendah iaitu RM3.50 untuk sehari termasuk penginapan dan makanan. Memandangkan harga yang terlalu rendah, ramai tuan tuan kucing yang memerlukan hotel bagi kucing kesyangan mereka sementara pulang ke kampung untuk berhari raya, sudah tentu hotel ini menjadi pilihan.

Namun, tuan tuan kucing tidak menduga bahawa bencana bakal menimpa kucing kesayangan mereka. Disebabkan tuan hotel kemaruk untuk mengaut keuntungan hampir 300 ekor kucing telah ditempatkan di tempat yang begitu terhad ruangnya.


Sampai berkurap kurap kucing nya



Habis kurus badannya...kesian



Kucing kucing yang diletak kat luar..kena hujan ribut semua tak kisah



Mak dengan anak kucing yang mati kelaparan (persian kot!!!)


Mujur kitorang tidak berada di situasi itu. Kalau tidak mesti saya dah tiada di dunia nie. Sebenarnya saya pernah jugak duduk dekat hotel kucing ni. Memang fobia la kalau nak di ingatkan. Bukan ape, memang tak seronok langsung kalau kene duduk hotel kucing tu. Tempat sempit, busuk dan memang tak selesa la.

Mungkin mama faham kitorang tak suka kot duduk kat situ. Dulu dulu kalau mama nak pegi meeting ke, nak kene outstation kea tau diorg satu family nak balik kampung mesti nak hantar kitorang dekat hotel kucing. Kitorang mesti menangis. Bila mama amik, mesti kitorang mengadu macam macam.

Lama kelamaan mama cakap tak payah la nak hantar dekat hotel kucing tu lagi kalau nak pergi mana mana. Kitorang da pandai jaga diri. Hehehhehe J. Kalau kene tinggal dekat rumah nie feeling die lain sikit. Memang la sedih kene tinggal berdua je, tapi sekurang kurangnye kitorang takdelah terperuk je dalam kandang tu. Sakit badan tau kalau duduk lame lame dalam tue. Lenguh sampai seminggu tak hilang. Da la tak boleh main aci kejar ngan nyorok nyorok. Lepas tu kalau tinggal kat hotel tu, mesti badan bau semerbak la. Bila balik rumah memang jenuh la nak mandi kasi wangi balik. Kesimpulannye memang tak best la. Mujur mama faham perasaan kami. Sayang mama lebih.


Apa apa pun. Sendiri mau ingat la. Hari ni kite khianat orang. Esok lusa tunggu jela pembalasan dia...kan??? Macam satu hadis yang berbunyi :

Hadis Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu Umar ra, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Ada seorang perempuan yang disiksa kerana seekor kucing yang dikurungkannya (dipenjarakan) sampai kucing itu mati. Wanita itu akan dimasukkan kedalam api neraka. Wanita itu tidak suka memberi makanan dan minuman ketika dia memenjarakan kucing itu. Juga dia tidak suka melepaskannya untuk ia bebas memakan binatang binatang kecil yang melata di bumi”


p/s: agak agak mama kasi ikan rebus tak sebab dah puji mama. Hehehehe J

Sunday, 11 September 2011

pemandulan














Jangan fikir bukan bukan you all"s.. Sebelum tu saya nak tanya korang tau ke apa makna pemandulan nie?





Pemandulan , kembiri atau pengkasian membawa maksud yang sama iaitu menghilangkan keupayaan seseekor haiwan untuk mengawan dan beranak pinak.Pemandulan ini punya banyak cara untuk dilakukan dan bergantung kepada jantina haiwan tersebut. Malahan ada hukum yang menyatakan kita harus memandulkan haiwan kesayangan kita nie. Tak percaya tengok nie :


Jakim telah pun mengeluarkan satu ketetapan pada tahun 2002, yang menyebut :
Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah.
All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community.
After studying the messages of the aforementioned mazhab’s and the medical viewpoint, JAKIM has decided that neutering of cats for reasons of ‘maslahat’ is acceptable. It is in agreement with ‘qaedah’ (way) Fiqhiyyah which states “To choose the lesser of two evils”.
- Felinemalaysia.com-
Cuba korang bayangkan situasi ni:
o Kucing betina asyik beranak tak abis abis
o Kucing jantan jadi kutu rayap, melalak dan main pancut pancut suke hati die je
Jadi, bila dalam situasi ni memang pemandulan nie amat lah membantu kita. Jadi dikesempatan yang ada nie saya nak berkongsi dengan korang semua beberapa kebaikan dan keburukan pemandulan nie.
Kebaikan:
1. Kurang merayau atau bersosial.
Takde la kucing kita menggatal sangat. Si jantan takde la sibuk nak cari betina yang si betina plak takde la sibuk asyik memanggil si jantan.
2. Tidak beranak
Bukan nak sekat pembiakan diorang. Tapi kalau asyik beranak je keje larat ke nak jaga. Kalau sekali beranak keluar 4 ekor, 3 kali beranak da berapa ekor da anak kucing. (saje je nak test matematik korang). Ingat kawan kawan yang penting kualiti bukan kuantiti. Nanti bila da banyak sangat tak larat nak jaga tu yang buang kucing sesuka hati tu. Lagi kejam kalau buang kucing sesuka hati tau.
3. Kucing anda akan sihat dan montok
Bukan nak cerita kencang la tapi itulah kenyataan.Tak percaya tengok nie.
kemontokan notnot merehatkan perut besar dia!



Kalau dari segi kesihatan, kucing yang dah dimandulkan ni lebih sihat maknenye susah nak kene jangkitan kurap dan penyakit berjangkit. Jadi kucing memang jadi gebu macam kapas la.
Keburukan:
1. Takde zuriat
Sah sah la takde zuriat da namenye pun pemandulan
2. Penambahan berat badan
Boleh rujuk dekat gamba yang sebelumnye. Gambar memang boleh mentafsirkan seribu macam cerita. Jadi nilai la sendiri.
Untuk itu, pilihan ade di tangan anda. Buat pilihan yang bijak agar kita bersama sama haiwan haiwan kesayangan kita nie dapat hidup dengan gembira dimuka bumi ini.

Korang korang mesti semangat nak tahu kan macam mane la rupe nyer kena kasi nie...ha....tgk la.usha usha...


                                        





Memang penat la lepas da abes kasi ni..tergolek golek kiterg kan dlm video tu






selamat hari raya

"Berlalu la sudah ramadhan sebulan berpuasa"
"Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira"
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa"
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terhingga"

Korang semua mesti biasa dengar lagu raya nie kan. Tipu la kalau tak pernah dengar lagu raya nie. Famous kot. Anuar Zain yang nyanyi tau. Lagu lagu raya da berkumandang sakan kat shopping mall, corong corong radio, kedai mamak pun boleh. Itu menandakan hari raya bakal menjelang tak lama lagi. Kejap je. Pejam celik pejam celik. Aik da nak raya. Korang da buat ke persiapan raya. Selalunye bila time time nak raya ni kaum ibu la paling sibuk. Sibuk nak buat kuih raya, pasang langsir raya, kusyen raya dan macam macam la yang berkaitan dengan raya. Kalut kaum kaum ibu nie nak wat persiapan hari raya tau. Harap harap korang semua tolong tolong la mak korang wat persiapan untuk raya. Jangan tolong habiskan biskut raya yang mak korang buat untuk raya je. Time time macam nie la korang nak berbakti kat mak korang. Korang boleh tolong mak korang pasang langsir ke, pasang sarung kusyen ke, lap tingkap, mop lantai, macam macam la korang boleh tolong kalau korang ikhlas nak tolong la kan.
Kalau cakap pasal raya mesti korang nak tau kan saya punye baju raya macam mane. Memandangkan mama sibuk yang amat, kitorang sempat shopping tudung raya je. Jadila daripada takde ape ape. Hehehe. Tengok nie cun tak nak pakai pagi raya nanti.

Percubaan Pertama

*macam mane nak pakai benda alah ni*


Percubaan kedua

*Kalau pakai macam ni nampak vogue sikit*



Percubaan Ketiga

*ish! sibuk la tangan kat belakang ni!*




Percubaan keempat

*nape kak hanee buat kan tadi elok je.bile buat sendiri hodoh ni*




Hasilnya =)
amacam ada macam model anak dara paling "hot" kat kampung tak?


Selamat Hari Raya Aidilfitri


Maaf Zahir Batin


Raikan Raya ini bersama keluarga yang tersayang
Ikhlas dari kami:
Taiko dan Not not
P/s: mesti korang pelik kenapa notnot takde gamba kan. Notnot merajuk sebab mama tak kasi die makan kuih raya. Jadi bile semua orang sibuk memodelkan baju raya die nyorok bawah katil.