Monday, 12 September 2011

manu$ia manu$ia manu$ia



Bila korang tengok gambar dekat atas ni.mesti korang ingat ni screenshot untuk hotel lima bintang kan. Jangan tertipu. Ada kisah disebalik semua ni taw.haa..Jeng Jeng Jeng...

Sebenarnya!!

Banyak yang mati disebabkan kekurangan udara, air dan makanan. Malahan ada yang sakit dan bergelumang dengan najisnya sendiri. Begitulah scenario yang terjadi di sebuah hotel kucing di Petaling Jaya pada musim perayaan baru baru ini.

Kejadian ini berlaku disebabkan oleh sifat ketidak perikemanusiaan dan bermata duitan oleh tuan punya hotel. Tuan punya hotel telah menawarkan harga yang rendah iaitu RM3.50 untuk sehari termasuk penginapan dan makanan. Memandangkan harga yang terlalu rendah, ramai tuan tuan kucing yang memerlukan hotel bagi kucing kesyangan mereka sementara pulang ke kampung untuk berhari raya, sudah tentu hotel ini menjadi pilihan.

Namun, tuan tuan kucing tidak menduga bahawa bencana bakal menimpa kucing kesayangan mereka. Disebabkan tuan hotel kemaruk untuk mengaut keuntungan hampir 300 ekor kucing telah ditempatkan di tempat yang begitu terhad ruangnya.


Sampai berkurap kurap kucing nya



Habis kurus badannya...kesian



Kucing kucing yang diletak kat luar..kena hujan ribut semua tak kisah



Mak dengan anak kucing yang mati kelaparan (persian kot!!!)


Mujur kitorang tidak berada di situasi itu. Kalau tidak mesti saya dah tiada di dunia nie. Sebenarnya saya pernah jugak duduk dekat hotel kucing ni. Memang fobia la kalau nak di ingatkan. Bukan ape, memang tak seronok langsung kalau kene duduk hotel kucing tu. Tempat sempit, busuk dan memang tak selesa la.

Mungkin mama faham kitorang tak suka kot duduk kat situ. Dulu dulu kalau mama nak pegi meeting ke, nak kene outstation kea tau diorg satu family nak balik kampung mesti nak hantar kitorang dekat hotel kucing. Kitorang mesti menangis. Bila mama amik, mesti kitorang mengadu macam macam.

Lama kelamaan mama cakap tak payah la nak hantar dekat hotel kucing tu lagi kalau nak pergi mana mana. Kitorang da pandai jaga diri. Hehehhehe J. Kalau kene tinggal dekat rumah nie feeling die lain sikit. Memang la sedih kene tinggal berdua je, tapi sekurang kurangnye kitorang takdelah terperuk je dalam kandang tu. Sakit badan tau kalau duduk lame lame dalam tue. Lenguh sampai seminggu tak hilang. Da la tak boleh main aci kejar ngan nyorok nyorok. Lepas tu kalau tinggal kat hotel tu, mesti badan bau semerbak la. Bila balik rumah memang jenuh la nak mandi kasi wangi balik. Kesimpulannye memang tak best la. Mujur mama faham perasaan kami. Sayang mama lebih.


Apa apa pun. Sendiri mau ingat la. Hari ni kite khianat orang. Esok lusa tunggu jela pembalasan dia...kan??? Macam satu hadis yang berbunyi :

Hadis Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu Umar ra, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Ada seorang perempuan yang disiksa kerana seekor kucing yang dikurungkannya (dipenjarakan) sampai kucing itu mati. Wanita itu akan dimasukkan kedalam api neraka. Wanita itu tidak suka memberi makanan dan minuman ketika dia memenjarakan kucing itu. Juga dia tidak suka melepaskannya untuk ia bebas memakan binatang binatang kecil yang melata di bumi”


p/s: agak agak mama kasi ikan rebus tak sebab dah puji mama. Hehehehe J

No comments:

Post a Comment